IPOH: Enam wanita turut tersenarai dalam carta penjenayah paling dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terbabit jenayah penipuan khususnya membabitkan pelaburan haram dan skim cepat kaya.
Enam wanita warga Malaysia itu layak dilabel ‘ratu putar alam’ ini kerana amat licik menjalankan penipuan hingga membolehkan mereka mengaut hasil penipuan bernilai ratusan juta ringgit.
Sumber Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman memberitahu Harian Metro, keenam-enam mereka yang berusia 33 dan 51 tahun sukar dikesan kerana dipercayai sudah menyusup ke luar negara selain melakukan penyamaran fizikal dan menukar identiti pengenalan diri.
Sehubungan itu, katanya, PDRM menjalin kerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi menjejak mereka, tambahan pula sebahagian daripada mereka dikehendaki polis negara lain kerana melakukan jenayah di negara berkenaan.
Menurutnya, seorang daripada penjenayah dikehendaki itu ialah Rohaniza Aladib, 33, yang disyaki terbabit penipuan ratusan mangsa termasuk beberapa artis terkenal tanah air sehingga mencecah RM400 juta.
sumber
11 comments:
aiyooo..dasyatttttt...
ratu pun ade?ish3
fuhhyooo..makan duit haram la gamaknya
mcm2 pjenayah skg ni..risaunya
dl pernah teripu ngan wanita jugak.. wuaaa...
kasi tangkap ini olang... muka cam dah tua, bawak wbawak la bertaubat..
nauzubillah... rm400 juta..banyak tu..cmne la dia nak minta maaf nanti..
Mesti yang kena kelentong 99% ialah lelaki..hehehehe
halamk . dasat dasat
macam2 penipuan sekarang...kn berhati2lah yee
400 juta tu....macam hal sekarang ni...
Post a Comment