Pages

Thursday 29 March 2012

Pembantu Rumah Warga Myanmar?

NAYPYITAW: Malaysia sedang mempertimbangkan untuk mengambil rakyat Myanmar berkhidmat sebagai pembantu rumah.

Malaysia telah menyatakan pertimbangan tersebut kepada Myanmar pada lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Myanmar yang berakhir hari ini. 
Najib telah menyatakan kemungkinan untuk memberi peluang kepada rakyat Myanmar bekerja sebagai pembantu rumah kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatannya. 

Namun katanya, perkara itu memerlukan rundingan lanjut antara kedua-dua negara tersebut.

"Kita perlu perbincangan lanjut mengenai perkara ini, kita tidak tahu terma dan peraturannya.

"Jika termanya dapat diterima, sudah pasti kita akan mempertimbangkannya," katanya. - Bernama

Thursday 22 March 2012

Taktik GRO Cuba Perdaya Pura-pura Pitam

SUNGAI BESAR: Tiga remaja perempuan yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia bawah umur membabitkan dua orang berusia 16 dan seorang lagi berusia 15 tahun diselamatkan dalam Ops Noda dijalankan Bukit Aman di sebuah pusat hiburan di Jalan Bunga Orkid, di sini, awal pagi semalam.

Selain itu, 24 lagi wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) turut ditahan dalam serbuan itu.

Dalam serbuan kira-kira jam 1.30 pagi diketuai Superintendan Amir Rasid Derani dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman membabitkan 16 anggota itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun dipercayai ejen wanita berkenaan.

Ketika dibawa ke trak polis untuk siasatan ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, seorang daripada GRO berpura-pura pengsan dipercayai untuk meraih simpati, namun dia segera bangun apabila menyedari taktik itu gagal.

Sementara itu, Amir Rasid ketika ditemui selepas serbuan berakhir, berkata pihaknya menjalankan risikan dan pemantauan selama empat hari mendapati premis itu menggajikan remaja bawah umur sebelum menjalankan serbuan.

“Kami sangat serius menangani pemerdagangan orang terutama membabitkan remaja bawah umur yang dipergunakan untuk tujuan tidak bermoral.

“Ketika serbuan, remaja bawah umur berkenaan asyik melayan pelanggan dengan menuangkan minuman keras di satu daripada 16 bilik yang terdapat di premis dua tingkat itu.

“Siasatan awal mendapati dipercayai remaja warga Vietnam itu turut dijadikan pemuas nafsu pelanggan termasuk dilacurkan. Manakala seramai 23 lagi wanita Vietnam dan seorang Thailand berusia 20-an juga ditahan,” katanya selepas operasi semalam.

Menurutnya, siasatan mendapati rata-rata pelanggan terdiri daripada golongan nelayan dan peladang tempatan yang mahu melanggani GRO di premis itu perlu membayar RM40 sejam, GRO terbabit akan mendapat RM3 ekstra bagi setiap jag minuman keras dipesan.

Katanya, secara kasar pendapatan GRO berkenaan dalam anggaran RM2,000 sebulan.

Menurutnya, serbuan bersama D7 IPD Sabak Bernam turut merampas wang tunai berjumlah RM4,718.

“Untuk tiga mangsa bawah umur yang diselamatkan siasatan dilakukan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang (Atip). Mangsa itu akan dibawa ke Rumah Perlindungan Bukit Ledang di Jalan Travers, Kuala Lumpur.

“Semua GRO yang ditahan itu dibawa ke IPD Sabak Bernam untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Peraturan-Peraturan Imigresen.

“Enam warga tempatan iaitu tiga lelaki dan tiga perempuan berusia 20-an hingga 40-an dipercayai penjaga premis turut ditahan berikutan melindungi dan pekerja asing tanpa permit,” katanya.

Menurutnya, pihaknya mendapati warga asing tinggal berdekatan premis dan siasatan turut menjurus kepada sindiket pemerdagangan orang untuk tujuan tidak bermoral.

Friday 16 March 2012

Kerja Balas Jasa Emak

KUALA SELANGOR: “Saya akan mulakan hidup baru dengan emak di sini dan berharap dengan kerja baru ini, saya dapat membalas jasanya,” kata kata Amir Mohd Omar, 27, pemuda yang terpaksa meninggalkan ibunya, Faridah Maulud, 66, di sebuah hotel bajet, di Jalan Raja Muda di sini, minggu lalu.

Amir berkata demikian selepas menerima pekerjaan ditawarkan seorang usahawan besi keluli, Datuk Jamhuri Abdul Rahman, 43, di Kuala Selangor, semalam selain turut disediakan kereta dan sebuah rumah yang sudah dibayar sewa setahun untuk dia tinggal bersama ibunya. Menurut Amir, dia amat menghargai kesudian Jamhuri untuk mengambilnya bekerja serta menyediakan tempat tinggal bersama ibunya dan kemudahan itu sama sekali tidak pernah terlintas di fikirannya.

“Semuanya bagaikan mimpi. Saya tidak tahu hendak kata apa. Yang pasti, tumpuan saya sekarang hanyalah untuk membawa mak tinggal bersama.

“Selain itu, saya juga akan bekerja dengan sebaik mungkin bagi membalas kepercayaan majikan yang memberi peluang kepada saya,” katanya ketika mengadakan pertemuan bersama Jamhuri di sini yang diatur Harian Metro, semalam.

Kisah Amir mendapat perhatian ramai selepas Harian Metro dalam laporannya 9 Mac lalu mendedahkan kisah ibunya yang lumpuh kebingungan apabila ditinggalkan bersendirian oleh Amir di sebuah hotel bajet selama empat hari hingga terpaksa dijaga kakitangan hotel berkenaan.

Berikutan laporan berita itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) membawa Faridah keluar dari hotel berkenaan dan menempatkannya di Pusat Sehenti JKM Sungai Buloh bagi membolehkan dia diberi penjagaan sewajarnya. Persoalan mengenai tindakan Amir itu terjawab apabila Harian Metro berjaya menjejaknya dan dalam pertemuan dengan wartawan akhbar ini, Amir berkata dia bertindak sedemikian selepas hilang pertimbangan dan buntu berikutan masalah kesihatan dialaminya, selain tertekan dengan masalah kewangan berikutan pendapatannya sebagai pegawai pemasaran yang tidak seberapa.

Sehari kemudian, Harian Metro berjaya mempertemukan dua beranak itu di Pusat Sehenti JKM Sungai Buloh hasil kerjasama pengarah JKMWPKL, Noormah Abdul Rauf.

Sementara itu, Jamhuri berkata, dia terpanggil untuk mengambil Amir bekerja di kilangnya kerana mahu pemuda itu mengubah kehidupannya kepada yang lebih baik dan tidak mengabaikan ibunya. Menurutnya, selepas membaca laporan Harian Metro minggu lalu dia menghubungi JKM untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Amir dan ibunya sebelum dihubungi wartawan bagi mengaturkan pertemuan.

“Saya berharap dengan peluang yang ada ini, Amir akan dapat mengubah tahap hidupnya selain menjaga ibu seperti dihajatinya,” katanya.

Sunday 11 March 2012

Batman Slovakia

DUNAJSKA STREDA, Slovakia – Seorang lelaki yang memakai kostum mirip Batman disanjung sebagai wira kerana dia kerap membantu orang ramai. Batman merupakan watak adiwira dalam siri komik di Amerika Syarikat dan filem keluaran Hollywood. Lelaki itu, Zoltan Kohari tinggal di dalam sebuah bangunan terbiar di sini, 55 kilometer ke selatan bandar raya Bratislava.


Kohari yang berusia 26 tahun itu hidup bersendirian tanpa kemudahan asas seperti air, elektrik dan alat pemanas. Dia yang hidup dalam kemiskinan akan memperoleh bekalan makanan dan minuman daripada orang ramai yang pernah dibantunya. Walaupun belum pernah menentang penjahat, Kohari memberitahu, dia percaya pada keadilan dan berharap dapat membantu pihak polis bagi memerangi jenayah. – Agensi

Thursday 8 March 2012

Rahsia Keluarga Miliki 18 Anak

KOTA BHARU: Suami pantang ‘tersentuh’, manakala isteri tidak pernah menolak. Itu antara rahsia kebahagiaan rumah tangga Isa Hassan, 56, dan Mek Jah Yusof, 52, yang layak digelar ‘pasangan super’ apabila memiliki 18 anak sejak berkahwin 40 tahun lalu.

Selain itu, kehidupan sukar pasangan berkenaan yang menetap di rumah usang di Kampung Pantai Pulau Kundor, dekat sini, turut menjadikan mereka individu yang ‘subur’ kerana tidak terdedah makanan tidak sihat seperti makanan ringan dan minuman berkarbonat. Menurut Isa, dia tidak pernah minum minuman berais, manakala makanan utama mereka kebiasaannya nasi berlaukkan ulam-ulaman dan bunga nipah dicecah dengan budu.

“Saya orang susah, tak dapat makan seperti makanan segera atau minuman berkarbonat. Makanan saya hanya nasi berlaukkan ulam-ulaman serta bunga nipah dicecah budu. Jika memancing dapat ikan, maka bertambah lauk.

“Pada masa sama pekerjaan sebagai pencari buah dan bunga nipah memerlukan saya bangun seawal jam 6 pagi dan menggunakan sepenuhnya kudrat untuk memotong pokok nipah serta menghiris bunganya. Pekerjaan itu membuatkan tubuh saya sentiasa bertenaga dan sihat,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Tuesday 6 March 2012

LONDON: Dua siswazah menjual muka mereka kepada pengiklan dalam usaha untuk menjelaskan hutang pengajian berjumlah hampir (RM250,000). Ed Moyse dan Ross Harper, kedua-duanya berusia 22 tahun, melukis logo dan slogan syarikat pada muka mereka selama sehari. Ini akan membolehkan sesiapa saja yang melintas mereka, dapat membaca iklan berkenaan.

Antara syarikat yang menggunakan khidmat itu menerusi buymyface.co.uk setakat ini ialah Ernst and Young, Pipers Crisp dan Mashbo.Kedua-dua siswazah terbabit yang menuntut di Universiti Cambridge, sudah memulakan projek itu selama 155 hari daripada 366 hari yang mereka rancang dan setakat ini berjaya mengumpul lebih 31,000 (RM155,000).

Mulanya, satu iklan berharga  (RM5) sehari tetapi kini, kedua-duanya menerima begitu banyak permintaan dan harganya naik hingga  (RM2,000) dan masih terus meningkat.Moyse dan Harper berkata: “Ia cara di luar kebiasaan untuk kami menjelaskan hutang pengajian. Kami melihat begitu ramai yang gagal dalam permohonan untuk mendapatkan pekerjaan dan akhirnya terpaksa menerima karier yang sebenarnya bukan mereka kehendaki.
“Apa yang kami lakukan ialah sedikit berbeza dan ia bermula dengan agak baik.” - TS


sumber

Saturday 3 March 2012

Wanita Kaki kelentong Diburu


IPOH: Enam wanita turut tersenarai dalam carta penjenayah paling dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terbabit jenayah penipuan khususnya membabitkan pelaburan haram dan skim cepat kaya.

Enam wanita warga Malaysia itu layak dilabel ‘ratu putar alam’ ini kerana amat licik menjalankan penipuan hingga membolehkan mereka mengaut hasil penipuan bernilai ratusan juta ringgit.

Sumber Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman memberitahu Harian Metro, keenam-enam mereka yang berusia 33 dan 51 tahun sukar dikesan kerana dipercayai sudah menyusup ke luar negara selain melakukan penyamaran fizikal dan menukar identiti pengenalan diri.

Sehubungan itu, katanya, PDRM menjalin kerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi menjejak mereka, tambahan pula sebahagian daripada mereka dikehendaki polis negara lain kerana melakukan jenayah di negara berkenaan.

Menurutnya, seorang daripada penjenayah dikehendaki itu ialah Rohaniza Aladib, 33, yang disyaki terbabit penipuan ratusan mangsa termasuk beberapa artis terkenal tanah air sehingga mencecah RM400 juta.


sumber