Pages

Thursday 1 March 2012

Tarzan Kena Tangkap

FLORIDA: Seorang bekas pelakon yang pernah memegang watak Tarzan ditangkap semalam sementara dua ekor harimau dan seekor harimau kumbang dipindahkan dari rumahnya selepas ia dianggap berbahaya kepada orang ramai.

Steve Sipek ditahan selepas lesen untuk memelihara haiwan liar itu dibatalkan oleh pegawai Hidupan Liar Florida.
Pegawai berkata, harimau dan harimau kumbang terbabit dipindahkan dari kediaman Sipek di Loxahatchee atas alasan keselamatan.

Sipek ditangkap atas kesalahan kecil kerana memiliki haiwan Kelas 1 tanpa permit dan memiliki haiwan Kelas 1 sebagai haiwan peliharaan. Pelakon kelahiran Croatia itu berlakon sebagai Tarzan dalam filem Sepanyol berjudul ‘'Tarzan in the Golden Grotto.’ Ketika penggambaran filem susulan, ‘Tarzan and the Brown Prince,’ seekor singa terlatih menyelamatkan Sipek dari satu kebakaran di set penggambaran di Rainbow Springs, Florida.

Ekoran kejadian itu, Sipek berikrar untuk melindungi haiwan seumpamanya dan memelihara beberapa binatang di kediamannya.Malah dia pernah dengan bangga berkata dia membiarkan harimau tidur bersamanya di rumah.

“Sungguh menyeronokkan dapat memeluk mereka ketika cuaca sejuk,” katanya dalam satu wawancara.

Enam tahun lalu, Sipek menjadi tumpuan media seluruh dunia ketika gerakan memburu seekor harimau seberat 272 kilogram bernama Bobo terlepas dari kediamannya.Sipek meletakkan tanda isyarat pada hartanahnya yang berbunyi: “Penceroboh akan dimakan.” Sebelum memelihara harimau itu, dia mempunyai seekor singa yang dinamakannya Elvis dan seekor kugar.

Selepas apa yang pegawai sifatkan sebagai ‘siasatan panjang lebar,’ mereka memutuskan ia tidak selamat bagi orang awam untuk membenarkan haiwan itu kekal di perkarangan kediaman Sipek.Harimau dan harimau kumbang dikategorikan sebagai hidupan liar Kelas 1 yang dianggap mengancam keselamatan orang ramai. Pemiliknya mesti membuktikan bahawa mereka mempunyai pengalaman luas dalam menjaga haiwan seumpama itu dan memenuhi syarat khusus. - DM

5 comments:

Bookkeeper Melbourne said...

Hello... Just a visit.. Nice post here!!

Unknown said...

hahaha tarzan takde lesen..

cikorked said...

haha berani nye nak jaga harimau....kene ngappp bwu taw

Diari Si Froggie said...

berani nya tarzan nie.. last2 kena tangkap pulak. hehe

huda jamil said...

ni dah terlebih2 rasa sayang ni sampai bole bahayakn nyawa sendiri.