Tuesday, 6 March 2012

LONDON: Dua siswazah menjual muka mereka kepada pengiklan dalam usaha untuk menjelaskan hutang pengajian berjumlah hampir (RM250,000). Ed Moyse dan Ross Harper, kedua-duanya berusia 22 tahun, melukis logo dan slogan syarikat pada muka mereka selama sehari. Ini akan membolehkan sesiapa saja yang melintas mereka, dapat membaca iklan berkenaan.

Antara syarikat yang menggunakan khidmat itu menerusi buymyface.co.uk setakat ini ialah Ernst and Young, Pipers Crisp dan Mashbo.Kedua-dua siswazah terbabit yang menuntut di Universiti Cambridge, sudah memulakan projek itu selama 155 hari daripada 366 hari yang mereka rancang dan setakat ini berjaya mengumpul lebih 31,000 (RM155,000).

Mulanya, satu iklan berharga  (RM5) sehari tetapi kini, kedua-duanya menerima begitu banyak permintaan dan harganya naik hingga  (RM2,000) dan masih terus meningkat.Moyse dan Harper berkata: “Ia cara di luar kebiasaan untuk kami menjelaskan hutang pengajian. Kami melihat begitu ramai yang gagal dalam permohonan untuk mendapatkan pekerjaan dan akhirnya terpaksa menerima karier yang sebenarnya bukan mereka kehendaki.
“Apa yang kami lakukan ialah sedikit berbeza dan ia bermula dengan agak baik.” - TS


sumber

9 comments:

Leeyana Amzar said...

gud idea huhuhu

Teesaz said...

jap agi lukis kat lengan ke, kat baju ke, heheh

sYukCurz said...

terbaek lah diorg ni. pandai cari makan

budakmengong said...

klw bt cmni kt malaysia agk2 tv3 bule cari mkn xpasni?haha

Aida Omar said...

mahalnya bayaran ^^ pandai mereka buat duit..

misyamissyou said...

wow..mahal tu..nak jugak la cm ni..rm5 1 hari..lukis logo je pon.. :P

Siti Nurhuda Husna Zulkarnain said...

Wahh conteng-conteng iklan pun boleh dapat bayar hutang? Ini sudah bagus. Haha.

Bila PTPTN nak buat macam tu pulak? Kui kui kui~ ;p

Cik Kay Jue said...

wah.. bagus ni.. cara dapatkan duit yang bijak..

TiraPengemis said...

ade jgk cmnie....hahaha