Pages

Saturday 7 January 2012

Dendam Cinta Ditolak

MELAKA: “Kalau aku tak dapat kau, aku pastikan orang lain pun tak dapat.” Itu kata seorang lelaki sebelum menikam kekasihnya dengan sebilah pisau selepas mereka bertengkar berikutan mangsa tidak mahu lagi meneruskan percintaan mereka.

Kejadian berlaku berhampiran tempat letak kereta sebuah restoran berhadapan bangunan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Ayer Keroh di sini, kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Akibat dua tikaman oleh teman lelakinya itu, mangsa, Norzila Alismadi, 22, yang bekerja sebagai juruwang restoran makanan segera, cedera parah di perut serta rusuk kiri dan kini menerima rawatan di Hospital Melaka (HM).

Suspek yang bekerja sebagai penarik kereta dikatakan nekad menikam Norzila menggunakan pisau pemotong sayur kerana cemburu selepas wanita itu berkawan dengan lelaki lain serta mahu memutuskan hubungan mereka yang dijalin sejak lapan bulan lalu.

“Sebelum itu dia (suspek) tanya betul saya tak nak dia lagi? Saya kata kalau hendak pun, dia kena bekerja dan saya minta dia cari perempuan lain. Dia kemudian berkata kalau dia tak dapat saya, dia akan pastikan orang lain pun tak dapat.


kredit

12 comments:

ShahzCudin said...

tikan menikam ni da jd biasa plak..tkut btol..

Diari Si Froggie said...

menakutkan betul la hal2 macam nie.. nak bercinta sekarang nie pun menakutkan..huhu. dunia2.

emylase. said...

huahh dh mcm trend pulak o.o

Shereen Yahya said...

scary nya ...

anak ayah said...

bila dendam mula mengaburi minda.

Lieza Nordin said...

kejam juga.. cinta tdk sharusnya dimiliki.. :)

Ckin Kembaq said...

haish.! payah bercinta nak rak macam ni..huhu jadi, masa berkenal-kenalan tu kenalilah dgn betul2..hehe

Cik Ice said...

Ni syg jenis apa ni..? Kejam betul!

Cik Diana said...

macam-macam la skunk nie.

Cik tikah said...

scary gila. jahat punya jantan!

Domu-kon said...

nauzubillah...

jahajahatable said...

pengsan la orang zaman sekarang neh