Pages

Saturday 31 December 2011

Polis Dera Anak Angkat

Perbuatan polis wanita di Alor Setar yang mendera anak angkatnya sejak beberapa bulan telah terbongkar. Perbuatan polis wanita, bujang berusia 30-an di Alor Setar itu terbongkar apabila meninggalkan anak angkatnya berusia lima tahun itu di rumah jirannya kerana mahu pulang ke kampungnya di Kelantan. Kanak-kanak itu terpaksa terpaksa dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah kerana cedera di beberapa bahagian badan dipercayai akibat didera oleh ibu angkatnya sejak beberapa bulan lalu di rumahnya di Taman Derga Jaya.

Bukankah polis ini kerjanya menolong dan menjaga keselamatan orang ramai, tapi ini pula yang berlaku. Semoga hukuman yang setimpalnya dikenakan terhadap mereka yang bersalah.


No comments: